Monday, December 29, 2008

Bagaimanakah Sikap Seorang Jutawan.....

Bagaimanakah Sikap
Seorang Jutawan?


Berdasarkan laporan kekayaan penduduk dunia yang dikeluarkan oleh Merrill Lynch dan firma perunding Capgemini, terdapat 9.5 juta orang jutawan (memiliki harta bernilai lebih AS$1 juta) di seluruh dunia pada tahun 2006. Pada tahun tersebut Singapura, India dan Indonesia mencatat pertumbuhan paling tinggi bilangan penduduk yang berjaya mencapai status jutawan. Pada tahun 2007 pula dianggarkan terdapat 415 orang yang bertaraf bilionair di Amerika, 101 orang di Rusia dan 60 orang di Jerman.


Menjadi jutawan adalah idaman hampir semua orang, namun demikian, pada tahun 2006 dianggarkan cuma enam peratus daripada penduduk dunia yang berupaya mencapai status tersebut. Soalnya, Di manakah perginya baki 94 peratus yang lain itu?. Ramai yang beranggapan bahawa negara, bangsa, kepandaian dan peluang adalah faktor utama, namun kepercayaan tersebut tersasar jauh daripada kebenaran, faktor utama yang membezakan mereka adalah corak minda. Para jutawan didapati mempunyai cara berfikir yang berbeza dengan golongan biasa. Mereka mempunyai kepercayaan yang berbeza tentang konsep pemilihan kerjaya, pasangan, tempat tinggal, penggunaan masa lapang, pendidikan hinggalah ke jenis kenderaan yang dipandu.


Menurut kajian Dr. Thomas J. Stanley, corak minda bukan bermaksud kepandaian atau IQ yang tinggi, tetapi membawa maksud “berfikir dengan betul.” Fikiran yang betul tentang pemilihan kerjaya adalah berasaskan kepada minat dan kebolehan seseorang. Mereka menjadi jutawan hasil daripada pendapatan melakukan sesuatu yang diminati atau menggunakan kemahiran tertentu yang dimiliki. Dengan memilih kerjaya dalam segmen tersebut, mereka berupaya memberi perkhidmatan yang lebih baik daripada orang lain, dan dengan itu mereka dibayar dengan imbuhan yang lebih tinggi berbanding dengan orang lain. Menurut kajian Dr. Stanley dua pertiga jutawan mendefinisikan diri mereka sebagai bekerja sendiri atau usahawan dan bergiat dalam bidang yang membolehkan mereka menjadi penyumbang terbaik.


Namun demikian, memperoleh pendapatan yang lumayan sahaja bukanlah syarat mutlak untuk bergelar jutawan, mereka juga harus mempunyai fikiran yang betul tentang konsep perbelanjaan. Para jutawan percaya, pengurusan kewangan bermula dari rumah. Lebih daripada 80 peratus jutawan memilih pasangan hidup yang lebih konservatif tentang kewangan daripada mereka, di samping mampu mengurus perbelanjaan keluarga dengan baik. Dalam memilih pasangan hidup tersebut, mereka memahami perbezaan antara seorang pengurus perbelanjaan dengan seorang yang bakal menjadi sumber perbelanjaan dalam ekonomi rumah tangga. Lebih daripada 90 peratus jutawan terdiri daripada mereka yang sudah berumah tangga dan sebahagian besar daripada mereka cuma mempunyai seorang isteri.


Mereka berkongsi falsafah pengurusan yang sama dengan Tun Daim Zainuddin, bekas Menteri Kewangan Malaysia iaitu “ tingkatkan pendapatan dari semasa ke semasa, namun mesti kekal dengan cara hidup yang lama.” Menurut satu maklum balas, 80 peratus penduduk Malaysia menghabiskan pendapatan bulanan mereka dalam perbelanjaan isi rumah dan terus meningkatkan perbelanjaan tersebut seandainya berlaku peningkatan pada tahap pendapatan bulanan. Cara ini sangat bertentangan dengan kaedah berfikir golongan jutawan.


Para jutawan juga tidak mahu memasuki zon yang diistilahkan oleh mereka sebagai “Fokus Serangan” . Mereka berfikir bahawa adalah bijak untuk terus kekal di kawasan perumahan yang sedia ada, walaupun mereka mampu memiliki rumah yang lebih mewah, di samping mengelakkan diri daripada menjadi sasaran jenayah dan memulakan hutang baharu perumahan. Pada masa yang sama, mereka juga mampu menikmati peningkatan nilai rumah yang sedia ada. Di Amerika lebih daripada 90 peratus jutawan tinggal di rumah milik sendiri, dan kebanyakan daripada mereka tinggal di rumah yang sama sejak 20 tahun lalu.


Hampir 50 peratus daripada mereka juga tidak berpindah dan membeli rumah tersebut semasa orang lain sibuk menjualnya. Lebih daripada dua pertiga jutawan bekerja antara 45 hingga 55 jam seminggu. Pada hari bekerja, lazimnya mereka bangun seawal jam tiga atau empat pagi. Mereka tidak mendefinisikan diri sebagai gila bekerja tetapi senantiasa berusaha memaksimumkan pulangan hasil daripada setiap usaha yang dilakukan. Jika terdapat kelapangan, mereka lebih suka menghabiskan masa tersebut dengan penasihat percukaian atau pegawai perundangan peribadi. Hal ini membolehkan mereka mengkaji kaedah terbaik untuk meminimumkan kadar pembayaran cukai dan mengenal pasti ruang yang boleh diperbaiki dalam perniagaan, agar mereka tidak terdedah kepada tindakkan undang – undang dari mana – mana pihak pada kemudian hari.


Masa lapang bersama keluarga pula lazimnya dihabiskan dengan mengunjungi sahabat handai dan saudara mara atau melawat ke lokasi awam seperti muzium, zoo dan taman permainan. Semua aktiviti ini dipilih, kerana menelan belanja yang minimum, di samping mampu merapatkan hubungan yang mungkin akan menjadi jaringan perniagaan di kemudian hari. Mereka menjauhi kasino, kelab – kelab elit dan tempat yang seumpamanya, kerana ia menelan belanja besar dan secara purata, mereka melakukan dua tahun sekali percutian ke luar negara.


Mereka juga sangat percaya kepada kuasa pendidikan, maka tidak hairanlah 90 peratus daripada mereka memiliki ijazah dan lebih 50 peratus daripada mereka mempunyai ijazah lanjutan. Mereka melabur dalam jumlah yang besar ke atas pendidikan anak – anak. Mereka percaya permintaan terhadap jawatan perakaunan, penasihat perundangan dan percukaian akan bertambah kerana pertumbuhan golongan yang berstatus jutawan semakin meningkat. Mereka mahu anak mereka bekerja dengan para jutawan tersebut sebagai penasihat dan bukan bekerja dengan firma – firma biasa.


Kebanyakan jutawan hidup di bawah tahap pendapatan mereka dan melaburkan kembali 15 hingga 20 peratus daripada jumlah hasil pendapatan tahunan yang diperoleh. Mereka tidak menggunakan lebihan pendapatan untuk membeli barangan berjenama mewah khususnya kenderaan. Hanya sebilangan kecil daripada mereka yang memandu kenderaan import model terkini, kebanyakan yang lain cuma menggunakan model tempatan yang telah berusia lebih daripada sepuluh tahun. Menurut cara berfikir salah seorang daripada 10 orang terkaya di Malaysia Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari, kenderaan cumalah satu medium untuk membawa seseorang bergerak dari titik A ke titik B dan beliau cuma memandu Perdana V6, sedangkan jumlah kekayaannya dianggarkan berjumlah lebih daripada 4.29 bilion ringgit.


Namun begitu, kebanyakan orang beranggapan seorang jutawan adalah mereka yang memandu kereta import model terbaru, tinggal di kawasan perumahan mewah, beristeri lebih, memilih para jelitawan atau selebriti sebagai pasangan dan kerap bercuti keluar negara.


Walau bagaimanapun, itu semua bukanlah ukuran mutlak bagi menentukan seseorang berstatus jutawan atau tidak. Jutawan dalam takrif sebenar ialah apabila semua aset seseorang di tolak dengan semua jumlah liabilitinya dan jika masih berbaki sejuta ringgit atau lebih, maka barulah beliau layak bergelar jutawan. Kebanyakan jutawan mampu meneruskan cara hidup mereka untuk tempoh sepuluh hingga dua belas tahun walaupun memilih untuk tidak bekerja. 94 peratus penduduk dunia tidak menjadi jutawan kerana mereka telah menyalah tafsirkan takrif sebenar jutawan dan dengan itu, gagal untuk berfikir seperti seorang jutawan.

Sunday, December 7, 2008

BERJAYA ATAU GAGAl:PILIHAN ANDA?

PERMAS JAYA- Apa yang anda jawab sekiranya soalan diatas ditanya kepada anda? Pasti ramai yang akan menjawab berjaya. Tetapi sedarkah anda bahawa di dalam mengejar kejayaan seseorang itu perlu gagal. Betulkah apa yang saya tulis ini atau saya hanya bergurau. Memang betul bahawa seseorang yang berjaya harus mengenali apa itu gagal. Kalau tidak percaya anda boleh membaca buku Billie Lim (Dare to fail). Jadi kalau anda memilih untuk berjaya apa yang anda ingin lakukan bagi merealisasikan impian anda. Sally Berger ada mengatakan hanya ada satu rahsia untuk maju kehadapan iaitu memulakan langkah. Bagaimanakah memulakan langkah. Mudah sahaja mulalah anda ubah pemikiran anda yang selama ini diibaratkan katak di bawah tempurung atau pemikiran negative kepada pemikiran anda yang positif. Kalau nak lebih lanjut boleh baca “positive thinking” karya Norman Vincent Peale. Beliau ada mengatakan “ubah cara anda berfikir; dunia anda akan turut berubah”.

Orang bijaksana ada menyatakan anda boleh sampai ke mana sahaa jika terapung. Memang tepat jika anda tidak arah yang henda dituju, anda boleh samapai ke mana sahaja. Alangkah yang mempunyai arah menuju kejayaan pun belum tentu mencapai kejayaan, inikan pula bagi yang tidak mempunyai arah langsung. Memnag ditentukan orang yang terapung akan terus terapung sampai bila-bila. Hidup tidak ubah seperti kayu yang hanyut di air, mengikut sahaja ke mana sahaja arus air. Tapi apa gunanya...menyesal kemudian pun tak berguna. Hari malam tidak apa yang boleeh dibuat selain terus menyerah kepada kegelapan. Terus menerus hanyut sehingga habis usia. Jadi luangkan masa anda bagi melihat mereka yang dah berjaya hari ini. Anda boleh melihat bagaimana rakan anda boleh mendapat dekan (bagi pelajar universiti) atau melihat sesiapa yang anda lihat sudah berjaya. Seorang pernah berkata, ”seandainya anda hendak memetik byahnya, anda perlu menanam pokok itu 20 tahun lalu” Orang yang berjaya tidak pernah terapung kerana mereka berusaha menentang arus kegagalan menuju kejayaan. Ingatlah, ”orang yang berada di puncak gunung tidak dijatuhkan di situ tetapi dia melangkap setapak demi setapak dari bawah”. Orang gagal biasa akan mengatakan, ”Sudah takdir saya” atau ”sudah nasib saya, nak buat macam mana”. Jangan pandai-pandai mengatakan takdir, semak balik apa yang anda lakukan selama ini. Nasib dan takdir boleh diubah. Sejarah telah membuktikannya.

Betulkah takdir dan nasib diubah. Orang sejarah tidak boleh bercakap tanpa bukti. Memang terbukti bahawa banyak yang gagal telah berjaya. Siapa manusia di dunia ini yang tidak pernah mengalami kegagalan. Anda boleh nyatakan dan buktikan. Siapa Bill Gates menjadi manusia ketiga terkaya di dunia? Beliau tidak dapat menghabiskan pengajiannya di Universiti Havard kerana ingin menceburi bidang perniagaan. Sedarkah anda beliau telah mengambil risiko terbesar di dalam hidupnya kerana meninggalkan Universiti Havard beerti sebuah kegagalan kepada semua orang. Tetapi risiko itu menyebabkan beliau menjadi billionaire pad ahari ini. Kalau dia masih di Universiti Havard adakah beliau seperti hari ini? Barrack Obama sekarang merupakan bakal Presiden Amerika Syarikat telah bertanding pada piliharaya presiden dan menang. Tahukah beliau juga pernah gagal. Suatu merebut pencalonan untuk menjaddi calon presiden parti demokrat beliau pernah hampir tewas ditangan Senator Hillary Clinton tetapi dengan semangat mari berubah beliau telah berjaya. Kolonel Sanders sejak mengasaskan restoran kesukaan ramai KFC pernah mengalami kegagalan sebelum berjaya pada usia yang agak tua. Siapa dia Karl Albrect yang pernahberniaga hanya di kedai runcit tetapi telah mengubah kedai runcit yang diasaskan oleh ibunya menjadi pasar raya raksasa AIDI yang berpusat di Jerman. Hari ini beliau merupakan orang terkaya Jerman dan kelapan di dunia. J.K Rowling pernah hidup menggunakan wang kebajikan masyarakat. Di Britian sesiapa yang hidup dengan wang kebajikan masyarakat dianggap sangat daif,miskin dan boleh dianggap manusia yang gagal di dalam hidup. Tetapi beliau bangkit dan novel beliau bertajuk Harry Potter telah menjadi kegilaan ramai dan menjadikan beliau sekarang billionaire. Di Malaysia sendiri banyak oran kampung telah berjaya. Buktinya Tan Sri Syed Mokhtar Albukary yang menjadi bumiputera terkaya Malaysia. Senarai ini masih panjang...
Jadi apakah anda memilih untuk berjaya atau gagal.Pilihan di tangan anda...
Anda yang menentukan. Pilihan di tangan anda......

Tiada seorang pun yang boleh memandang rendah kepada anda tanpa kebenaran anda sendiri- Eleanor Roosevelt

Kehebatan sebenar apabila anda boleh melakukan apa yang orang kata anda tidak boleh- Walter Bahehot

Kejayaan tiada penghujungnya, kegagalan bukan penamatnya
- Dr Robert Schuller

Mereka yang tiada daya untuk mengambil dan menghadapi risiko, tidak akan mendapat apa-apa dalam kehidupan- Muhamaad Ali

Hasil kerja yang hebat bukan dari kekuatan tetapi ketabahan
-Samuel Johnson

Anda tidak boleh mencipta kejayaan melalui pengalaman melalui eksperimen. Anda mesti melaluinya. – Albert Casmus

Lautan tenang tidak akan menghasilkan nelayan yang cemerlang
-Peribahasa Afrika

Jangan buat esok, jika boleh dibuat hari ini.
-Abraham Lincoln

Orang yang miskin bukanlah mereka yang tidak mempunyai wang tetapi mereka yang tidak ada impian.- Harry Kemp

Untuk mengelakkan diri daripada dikritik, jangan buat apa-apa, jangan cakap apa-apa.- Elbert Hubbard

Mupuk aku.....Jumpa lagi.....di tulisan yang kemudian..........kalau silap minta maaf..........

Thursday, November 27, 2008

Komitmem 24 jam tanpa Henti PERMAS 2009

Kolej Ungku Omar- Salam Sejahtera..Bermula 2009, Biro Kebajikan dan sosial akan memberikan komitmem 24 jam tanpa henti kepada semua ahli Permas. Hal ini selaras dengan hasrat Exco Kebajikan & Sosial iaitu SAMUEL SILA yang inginkan kebajikan ahli PERMAS terjaga.Selain itu saya berharap sesiapa yang ada masalah jangan segan-segan menghubungi saya. Pastinya Biro KebaSo akan membantu anda. Mulai tahun depan, saya juga akan bekerjasama rapat dengan EXCO Kebajian & SOsial MPP UPSI bagi melicinkan urusan kebajikan mahasiswa UPSI terjamin.

Thursday, September 11, 2008

RENUNGAN SEKETIKA


Kehidupan adalah anugerah utama Ilahi. anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia yang wajib kita syukuri dan hargai. internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru, manfaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan manusia sejagat. Sentiasalah kita beringat apa yang kita lakukan, akan dipertanggungjawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Tuhan kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita di dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak akan kembali. Buat baik berpada-pada buat jahat jangan sekali. Kewujudan blog ini adalah sebagai wadah untuk meningkatkan niali diri. bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun dunia terus maju dengan teknologi, kita terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani.

LAPORAN SOAL SELIDIK PERMAS 2008

Laporan soal selidik PERMAS

Semester 3
Bil Masalah Peratus (%)
1 Memperoleh buku rujukan 99%
2 Pergi ke universiti lain 91%
3 Menganjurkan program 72%
4 Pengangkutan dan kelas di Taman Bernam 67%
5 Kesukaran dalam berurusan dengan PERMAS 69%


Laporan soal selidik PERMAS

Semester 5
Bil Masalah Peratus (%)
1 Memperoleh buku rujukan 94%
2 Pergi ke universiti lain 91%
3 Menganjurkan program 85%
4 Pengangkutan dan kelas di Taman Bernam 65%
5 Kesukaran dalam berurusan dengan PERMAS 63%


Masalah-masalah lain
1. kekurangan surau dan kafe
2. kurang mengadakan program lawatan
3. kurang publisiti dan maklumat lambat sampai
4. terdapat MT yang tidak menjalankan tugas
5. peruntukan kewangan terhad
6. pelajar tidak datang mensyuarat dan tidak membayar yuran persatuan
7. berlaku kronisme dalam persatuan
8. harga baju atau tshirt yang mahal dan lewat menerima baju tersebut
9. saiz baju yang tidak bersesuaian

Cadangan
1. tingkatkan perkhidmatan
2. melantik ketua bagi setiap kumpulan untuk sebarkan maklumat
3. tubuhkan AJK Bahan untuk mengumpul buku rujukan
4. anjurkan aktiviti yang melibatkan ahli biasa
5. pelajar yang tidak membayar yuran akan disekat slip peperiksaan
6. pelajar yang tidak datang mesyuarat Agung dikehendaki tulis surat tunjuk sebab
7. mengadakan ruang khas untuk buku-buku rujukan Sejarah
8. setiap keputusan yang dibuat perlu melibatkan semua ahli persatuan
9. bendahari perlu menyatakan penyata kewangan
10. beri peluang yang sama kepada semua ahli
11. pembelian baju hanya kepada yang berminat sahaja

TERIMA KASIH DI ATAS KERJASAMA ANDA.KAMI AKAN CUBA SEDAYA YANG MAMPU UNTUK MENYELESAIKAN MASALAH INI.